Berazam
untuk menyumbang bakti terhadap politik Pahang khasnya dan Malaysia
amnya ke arah menjadi lebih baik dan stabil, Haji Zulkifli bin Haji
Mohamed seorang tokoh muda yang sebelum ini merupakan seorang ahli
perniagaan berjaya bertekad untuk terjun ke lapangan politik bagi
merealisasikan impiannya untuk melihat masa hadapan politik Pahang dan
negara tercinta ini berada di landasan yang betul.
Anak ke 6 dari 9 beradik, beliau lahir dicelah kesempitan dan tekanan kehidupan di sebuah Felda di Triang, Pahang berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Terbuka Malaysia dan sedang menyiapkan tesis kedoktorannya (PhD) dalam bidang teknologi kemanusiaan di sebuah universiti awam. Berusia 45 tahun, dijodohkan dengan Puan Masturana binti Said dan dikurniakan tujuh orang cahaya mata.
Zulkifli sebelum terlibat secara aktif dalam politik merupakan seorang yang berpengalaman dalam dunia pendidikan, perniagaan dan gerakan kemasyarakatan. Beliau adalah bekas tenaga pengajar di Institut HAFIZ Klang (1996), Pensyarah AQFA-IKIP Yayasan Pahang (1997-1999), Eksekutif Pemasaran AQFA Yayasan Pahang (1999-2001) sebelum menjadi Pengarah Urusan Self Idea Solutions Sdn. Bhd dan HADO Marketing Sdn. Bhd.
Bekas pelajar Diploma Pengajian Islam Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dalam bidang dakwah ini memiliki beberapa sijil pengiktirafan dalam bidang kewangan dan pasaran antaranya, Financial Advisor dari Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) (2013), Private Retirement Scheme (PRS) (2015) dan Certified Islamic Estate Planner (2014).
Selain terlibat dalam dunia perniagaan, Zulkifli juga aktif dalam lapangan gerakan aktivis masyarakat, hal ini terbukti apabila dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TYM Komuniti (2016-2018), Pengerusi BAKA SRIM (2016-2018), Ahli Lembaga Pengelola Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota (2018), Timbalan Pengerusi PIBG SMA Darul Ulum, Penolong Setiausaha Persatuan Menembak Negeri Pahang, Pengasas dan JK Mobil Musolla, Mantan Setiausaha KRT BISTARA, Mantan Setiausaha Persatuan Penduduk (PPBI) dan Mantan YDP Persatuan Falak Syarie KUSZA.
Prinsip politik beliau amat jelas, bersifat terbuka dan progresif. Percaya bahawa untuk mencipta perubahan dalam politik negara kita memerlukan kekuatan kesatuan. Tanpa ukhwah dan bersatu padu dalam kalangan parti politik pembangkang, impian untuk melihat pertukaran rejim politik di Malaysia hanyalah tinggal mimpi.
Dalam kerjaya politiknya, Zulkifli ialah Naib Pengerusi Amanah Pahang, Pengarah Komunikasi Amanah Pahang, Ketua Penerangan Pakatan Harapan Pahang, Timbalan Ketua Kawasan Amanah Indera Mahkota, AJK Biro Politik dan Pilihan Raya Amanah Pahang, Perunding Kerusi Amanah Pahang dan Penganalisis Politik Bebas. Bakat kepimpinan beliau terserlah sejak zaman persekolahan apabila dilantik sebagai Ketua Pelajar dan seterusnya diangkat menjadi pemimpin pelajar di peringkat kolej.
Dan sekarang, beliau sedang menyiapkan sebuah buku berjudul, Nukilan Zulkifli Mohamed : Tekal Berjuang Nekad Berubah, sebuah buku analisis politik semasa dan aspirasi perjuangan politik beliau selama ini. Pandangan dan kupasan beliau berkenaan senario politik semasa juga boleh dilayari di blog https://nukilanzm.blogspot.my/.

#TekalBerjuangNekadBerubah
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.