Kita
sedia maklum tidak semua perkara dan keputusan yang diputuskan dalam
Konvensyen Pakatan Harapan 2018 yang berakhir petang tadi diterima
dengan tangan yang terbuka oleh semua ahli akar umbi parti gabungan
Pakatan Harapan. Tidak terkecuali juga dengan Parti Amanah.
Sekiranya kita ingin menulis rasa tidak puas hati, saya percaya kita tidak akan cukup kertas untuk menulisnya. Namun demikian, saya ingin mengajak setiap ahli parti gabungan, khususnya Parti Amanah untuk sama-sama kita berfikir, apakah dengan rasa tidak puas hati itu akan menjadikan parti lebih kuat dan merealisasikan impian menumbangkan BN dalam PRU yang akan datang? Atau perasaan itu hanya mengundang lebih banyak kehancuran kepada parti kita khususnya dan Pakatan Harapan khasnya.
Percayalah kita tidak mampu membuat semua orang dan setiap ahli parti berpuas hati, ia tidak akan berlaku dalam mana-mana organisasi dan parti politik. Sekiranya kita sudi mengambil sedikit masa untuk berfikir ke hadapan – percayalah kita akan mengetahui segala keputusan yang kelihatan tidak baik pada kaca mata kita, sebenarnya merupakan sebahagian daripada kerangka strategi yang disepakati secara konsensus melalui analisis data, perancangan jangka panjang, perbincangan demi perbincangan bahkan dikupas dan diperbahasakan secara teliti demi mendapat sebuah pelan strategi yang tidak hanya bersifat komprehensif, tetapi berpotensi untuk melakar kejayaan yang akan menguntungkan semua pihak dalam Pakatan Harapan.

Saya
tertarik dengan kenyataan ringkas tetapi penuh bermakna oleh Pengerusi
Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir dalam ucapannya siang tadi dengan
menyebut, “Akhirnya...yang berjaya menyelesaikan agihan kerusi ialah
Amanah..”. Sangat jelas dan terbukti bahawa Parti Amanah di bawah
pimpinan Haji Mohamad Sabu benar-benar berjiwa besar serta berpandangan
jauh ke hadapan.
Inilah hakikat sebenar yang menjiwai hati setiap ahli Amanah. Keikhlasan, kejujuran dan tidak berkepentingan peribadi – menjadikan Amanah sebuah parti yang dekat dengan rakyat dan mementingkan agenda menyelamatkan rakyat dan negara sebagai perjuangan yang harus diutamakan daripada kepentingan parti dan diri sendiri.
Justeru itu, saya melihat dari aspek ini kebijaksanaan pucuk pimpinan parti tidak haruslah kita perdebat dan pertikaikan berpanjangan, bimbang kelak “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Kita mahu seluruh ahli Amanah bersatu padu dan menetapkan matlamat yang jelas iaitu – menumbangkan UMNO-BN dalam PRU yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang! Ayuh, hindari sengketa, dan rapatkan saf, InshaAllah kejayaan akan terukir di hadapan sana!
#TekalBerjuangNekadBerubah

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.